Thursday, 29 August 2013

Sibuk dgn kerja & bisnes :-)

Asallamualaikum.. Dah byk hari jugak tak update blog ila ni. Masa tak mengizinkan ila utk upadate blog ni. Yerlah....malam sibuk duk layan customer then packing barang. Nak karang waktu kerja tak sempat. Boss asyik manggil jer. Kerja pun berlambak2. Tapi apa pun Alhamdulillah rezeki dr Allah swt kan. Tak sangka2 rupanya nak dpt rezeki lebih melalui bisnes Tupperware ni. Kelam kabut jugak sbb balik keja nak cod brg kat customer yg area K.Trg. Kdg2 maghrib baru sampai rumah. Tp entahlah x rasa penat sgt sbb maybe ila suka pd Tupperware ni. Lg pun semangat utk merubah diri tu kuat dlm hati ni. Nak ganda usaha sampai puas hati. :-)





Ini brg yg di pos smlm. Hari pun ada nak pos jugak sekali pjbt pos tutup sudahh. Adoii...sbnrnya x suka buat customer menunggu. tak perlah hari ahad confirm pi poskan brg utk dia. :-)


Tuesday, 20 August 2013

Borong di stokis

Haii semua. Anda sihat hari ni? Bagus2 kalau semua sihat. Ila akan doakan semua nya sihat dan ceria selalu ya. Smlm tak sempat nak update blog bz dgn kerja lahh pulak. Semalam program ambik gambar semua hot item yg di borong. Penat sgt tapi i'm really happy buat kerja ni. penat hilang bila tengok colour2 tupperware yg comel dan menawan tu. Tupperware buat ila ceria dan kurangkan sikit rasa sunyi ila ni. Tapi yg paling best buat ila bila ila hantar brg utk pelanggan diaorg terus cakap...cantekkkk nya...suka nyaa.... he he he lg lah rasa bahagia kan. Ha...ni dia hasil ila borong semalam. Ta daa............


Balik jer rumah terus susun and snap picture. Teruja amat bila dapat borong brg bila start jer katalog baru. Nak2 pulak byk brg baru and bg ila mmg meletopsss lah colour n designnya. U ollss nak tak dptkan collection Tupperware Brands yg baru ni? Dan nak dapatkan harga diskaun dr Tupperware Murah Sokmo? Jom...pergi ker page Hot Item & Sale. Selepas tengok2 tu leh lah terus calling2 ila ya. he he he...yg mana dekat2 ila akn hantar terus kpd anda. yg jauh2 tunggu abg pos laju pergi hantar ya. 

Okeylah ila dah nak out dulu. Nak mulakan operasi promotion di FB pulak. Anyways thanks kerana sudi dgr bebelan ila. Bye....

Saturday, 17 August 2013

Kenapa Mesti Pilih Produk Tupperware Brands???



Hai  ollss yg cantekk menawan semua. Tghari tadi ila dah pi ambik katalog Tupperware Aug 13. Meletoppsss uollss item bulan ni. Mesti tertarik punyalah. Ila sendiri pun dah target satu dua brg utk collections di rumah. ha....mesti dah x sabar kan nak tgk apa item2 yg hot meletopss tu. Tunggu.........lusa ila akan upload brg2 yg meletopss ni tau. Di samping itu ila nak lah jugak bgathu kelebihan produk tupperware ni. Bukan apa utk menyakinkan lagi lah diri anda2 semua tentang produk Tupperware Brands ni. Mmg berbaloiii dan bagus utk kesihatan. 



Kelebihan & Keistimewaan produk Tupperware Brands


TAHAP ANTARABANGSA
Diperbuat daripada bahan yg selamat, bebas toksik dan bebas karsinogen, produk Tupperware tidak menyebarkan bahan kimia berbahaya kepada kandungan makanan atau minuman. Produk Tupperware melepasi tahap piawaian global seperti piawaian US Food and Drug Administration (FDA) dan 
piawaian Japan Polyolefin Hygienic Association


WARNA SELAMAT
Warna warna produk Tupperware yg terang dan menarik boleh dinikmati tanpa sebarang kerisauan. Kesemua pewarna didaftarkan di bawah senarai French Positive List, Circular Letter No. 176 dan menepati piawaian Council of Europer Committee of Ministers Resolutions AP (89) 1.


MESRA ALAM
Tupperware memainkan peranan proaktif dalam menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran dan kerosakan dengan menghasilkan produk yg tahan lama, agar tidak menyumbang kepada pembuangan dan pembaziran berlebihan.




WARANTI SEPANJANG HAYAT
Produk Tupperware dijamin dari sebarang keretakan, mahupun sebarang kerosakan di bawah penggunaan biasa sepanjang penggunaan produk tersebut.





TAHAN GELOMBANG MIKRO

Produk kalis gelombang mikro diperbuat drpd bahan yg khusus utk tujuan penggunaan gelombang mikro dan menepati badan-badan berikut ; USA-Toxic Substances Contol Act Inventory (TSCA), Canada-Domestic Substances List (DSL), European-Inventory of Existing Chemical Substances (EINECS), Australia-Australia Inventory of Chemical Substances (AICS), Korea-Korean Existing Chemical List (KECL), Japan-Japanese Inventory (ENCS)






KUALITI YG TINGGI
Produk Tupperware tahan lama dan diperbuat drpd bahan berkualiti tinggi, serta telah melepasi pelbagai pemeriksaan bagi memastikan tahap rekaan dan pembuatan yang teliti.Usaha usaha ini menjadikan produk kami sesuatu yang menarik utk digunakan bagi sebarang perayaan.




Sekiranya berminat dgn produk dari Tupperware murah sokmo bolehlah terus hubungi ila 017-9362336 (whatsup pun boleh )


Friday, 16 August 2013

Tips Berjaya Dalam Perniagaan MLM

Tips berjaya di dalam perniagaan

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berkongsikan tips-tips untuk berjaya di dalam perniagaan..

Kongsi sedikit tentang 5 Langkah untuk berjaya dalam perniagaan.
1. Berani memulakan langkah.
Ya. memang betul. kebanyakan insan yang bernyawa yang kita jumpa, selalu berkata, "Aku ingin berjaya. Aku ingin memandu pulang Ferrari F1, membawa ibuku ke pasar" dan sebagainya.. tapi. dimakah silapnya? hingga insan tersebut masih belum tercapai cita-citanya. 

2. Berani keluarkan modal.
Semua tahu. perniagaan adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, kekayaan harta yang berganda. tapi. ramai manakah yang berjaya dalam bidang perniagaan?sejauh manakah perniagaan mampu membawa anda? percayalah. ianya mampu membawa anda terbang ke langit! kerana apa mereka tidak berjaya? mungkin kerana takut untuk mengeluarkan modal. "abang, nak tikam nombor pun kena keluar duit. mana ada bisnes free"

3.Berani rugi.
Sesetengah golongan, mereka sangat takut akan kerugian. mereka fikir, ini adalah cilaka untuk diri mereka. Tidak! bagi aku. kerugian ini adalah bagus di awal permulaan. kerana, dari kerugian, kita boleh berfikir secara labih matang, dan lebih berhati-hati terhadap apa yang dilakukan. Belajar dari kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. ini beerti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.

4. Berani rajin.
Ya. tak ada orang yang malas akan mendapat hasil. Pernah menjadi isu, "ada orang kata. Perniagaan MLM (Multilevel marketing) tu goyang kaki je pun boleh duit. tak perlu guna tenaga pun macam petani yang membanting sawah, kerani kerajaan yang bekerja 10jam sehari dll tanpa menggunakan tenaga, panca indera, tangan kaki yang dikurniakan Tuhan." beb. sapa kata mereka goyang kaki boleh duit?

    "dalam menggunakan perkhidmatan internet juga sebenarnya kita menggunakan segala anugerah yang Allah berikan. dari pancaindera mata, sehinggalah ke akal fikiran digunakan untuk melaris dan mempromosikan apa yang diniagakan. salahkah kita jika menggunakan kemudahan dan teknologi yang ada untuk melakukan kerja. memang beban dan zahirnya tak nampak dimata seperti pekerja kontraktor dan petani yang membanting tulang 4 kerat di bendang. tapi usaha dan pancaindera tetap digunakan. jangan sempitkan kefahaman tentang islam dan akihrnya umat kita ketinggalan. terima kasih."

5. Berani mengikut langkah orang yang berjaya.
Ya. Pernah dengar ayat ni, "dont be your self. copycat orang yang berjaya, dan lakukan lebih baik dari beliau". Hidup ini, sedar tak sedar selalunya terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Jika anda berada di dalam 5 orang berkumpulan. Jika 4 orang itu adalah penagih dadah, 99.9% anda juga mungkin terjebak dengan mereka. Tetapi, Jika 4 orang tersebut adalah orang yang berjaya, 99.9% juga anda mungkin salah seorang itu. Betul tak?? So...jangan lengahkan masa anda dengan melihat sahaja org lain berjaya. Ayuh...kita sama-sama berjaya dan jadi org yg hebat jugak.


Anda nak jadi org yg hebat?? Call ila skrg 017-9362336. Ila akan bantu anda utk jd org yg berjaya dalam bisnes Tupperware Brands




Thursday, 15 August 2013

Produk Tupperware mmg buat cabinet kak ton kemas dan bersih jer..




Tengok cabinet kemas dan teratur buat ber semangat nak masak hari2 kan. Ya lahh senang nak cari barang, bersih dan di jamin penutupnya kemas dan tak lemau lagi. Kalau dapur bersepah...confirmlah berterabur bahan masakan betul tak? Kan dah jadi susah. So...mmg berbaloi beli produk Tupperware ni. Life warranty lagi tau... Jimat duit lah kan kalau dah produknya tahan lama dari beli tipuware pakai sebulan dua dah rosak. Hish..hish...lg sayang duit. Mahal sikit tak per janji quality nya baik. Betul takk???

So apa lagi jom dapatkan produk Tupperware hari ni dr tupperware murah sokmo. Sama2 kita kemas dapur kasi cantikk. 

Wednesday, 14 August 2013

PETUA TRADISI - 33 PETUA & TIPS TURUNKAN BERAT BADAN





1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.


26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Berani Hadapi Cabaran



Tadi baca FB Irfaan Khairi terjumpa lah kata-kata yg bg ila mmg betul pun. Utk berjaya bukan dgn mengelak cabaran tp kena berani menempuhnya. Mula2 dulu ila tak yakin jugak dgn bisnes Tupperware brands ni. Bukan sbb apa pun...sbb tak ada modal besar. Tp my sifu selalu cakap itu bukan alasan utk berjaya. So...bila lama2 fikir betul jugak. Ila ni selalu buat alasan dan thinking byk yg negatif dr positif. Takut itulah...takut inilah. Tp ada satu hari tu tiba2 terfikir why not kalau aku try laburkan sikit duit dan mula dgn kecil-kecilan jer. Tp alhamdulillah ada sambutan dr kawan2 rupanya. Dr jualan rm200 jer terus jd ribu2 jugak. So...maknanya dah nampak pencapaian tu kan. Jadi skrg ni ila rasa inilah jalan yg terbaik utk ila buat side income. Dan ila akan berusaha dengan lebih kuat lagi utk capai ke tahap yg lebih lagi dr hari ni. He he he semangat tgh berkobar-kobar ni. Aura sifu rasuk dalam diri sudahhhh. Apa pun thanks pada kawan2 yg sentiasa support ila. Sifu ila yg tak pernah putus bg semangat dan tunjuk ajar.  Doakan semoga ila berjaya okey. I LOVE U ALL...Mmuahhhh

Tuesday, 13 August 2013

Raya Bersama Tupperware Brands

Hari ni dah masuk hari ke-6 kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. First time raya tanpa ibu tercinta. Mmg terasa kelainannya. Tapi apalah daya kan, semuanya telah di takdirkan oleh Allah swt dan Allah swt amat menyayanginya. Rindu pada mu ibu tak pernah hilang...sentiasa ada di hati ini. Semoga diri mu tenang di sana di samping org2 yg beriman2. Insyaallah...

Namun begitu aku tetap kena tabahkan hati dan meneruskan liku2 hidup dengan sebaik mungkin. Bekerja dgn hati yg ikhlas dan jujur itulah prinsip aku. Walaupun penat sehingga tak terucap dgn kata-kata tp demi sesuap nasi utk diri ku dan keluarga ku, aku berusaha utk menjadi seorang pekerja yang bertanggung jawab dan amanah dgn kerja yg di berikan. Walaupun usaha yg aku lakukan di salah ertikan aku tak kisah pun. Yg penting Allah swt tahu. Aku sudah lali dengan cemuhan manusia. Aku jadikan kritikan2 buruk tentang diri aku tu sbg satu semangat yang luarbiasa. Semangat utk lebih berjaya dan terus meningkat ke tangga seterusnya. 

Dan aku telah memilih utk jadikan Tupperware Brands sbg sumber pendapatan ke-2 ketika ini. Mmg amazing bisnes ni. Maybe aku peminat tegar produk Tupperware so aku rasa happy bila dpt buat bisnes dgn Tupperware Brands. Aku akn berusaha utk capai peringkat seterusnya dan berjaya seperti senior2 lain. Diaorg boleh buat kenapa aku tak boleh buat kan? Mesti boleh punya yg penting usaha dan semangat. Insyaallah...

 Syok jual Tupperware time raya...masyukkk. he he he


Sunday, 4 August 2013

Keistimewaan Produk Tupperware


Eeyla ingin berkongsi dengan anda dan peminat-peminat produk Tupperware…betapa istimewanya jika anda memiliki dan menggunakan produk ini. Tidak dapat dinafikan lagi produk Tupperware telah berada di pasaran lebih dari 70 tahun…Begitu lama  !!!.Tupperware merupakan satu perusahaan pembuatan produk plastik bermutu dan berkualiti tinggi, mempunyai keistimewaan dan keunggulan yang tersendiri dibandingkan dengan produk plastik yang lain. Malahan….ingin Eeyla senaraikan dan kongsikan dengan anda antara keistimewaan produk Tupperware ialah :
1.  Produk yang sihat dan selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia beracun dan telah memenuhi standard dari beberapa badan dunia seperti FDA (Food and Drug Administration), Europen Food Safety Authority, Japan Food Safety Commision.

2  Higenis…bersih dan sentiasa segar.


3.  Sangat Praktikal untuk pelbagai penggunaan.

4.  Keistimewaan yang paling jelas ialah penutup ‘seal’ produk plastik Tupperware direka khas, beraneka gaya dan bentuk tetapi dengan matlamat yang sama supaya makanan dan minuman yang disimpan lebih segar dan tahan lebih lama (tidak mudah rosak).

5.  Menjimatkan ruang dan tempat penyimpanan.


6.  Menjimatkan belanja dan kewangan anda kerana produk ini tahan lasak dan sangat tahan lama.

7.  Jaminan untuk seumur hidup.

8.  Selamat digunakan berulang-ulang kali tanpa was-was dan ragu-ragu.

9.  Produk mesra alam kerana ia boleh dikitar semula menjadi produk lain seperti tong sampah, bakul plastik, pasu bunga plastik, kerusi plastik dan lain-lain lagi.

10.      Proses pembuatan produk yang memenuhi dan melepasi tahap piawaian yang tinggi dan pemeriksaan yang ketat menjadikan Tupperware adalah produk plastik yang bermutu, berjenama dan kekal lama sehingga ke hari ini.

Saturday, 3 August 2013

Tips Untuk Berjaya





Setiap orang mempunyai keinginan untuk berjaya. kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin gapai. oleh itu, pada post saya kali ini saya berkongsi sedikit maklumat bagaimana kita boleh mencapai kejayaan yang kita impikan. 



1. Tentukan Visi Anda.
  • Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
  • Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.
2. Aturkan Langkah Anda.
  • Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi / cita-cita anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang Masa Depan Anda SEKARANG!
  • Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.
4. Luangkan Masa Untuk Bertindak.
  • Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin.
  • Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah / berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
5. Konsisten dan Jangan Mudah Mengalah.
  • Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
  • Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
  • Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.
6. Tumpukan Perhatian Kepada Matlamat Anda.
  • Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
  • Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
  • Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.
7. Percaya kepada Pertolongan Allah dan Usaha Sendiri.
  • Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
  • Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.
8. Solat dan Doa.
  • Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
  • Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
9. Pupuk Perasaan Cinta dan Jangan Membenci.
  • Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi: cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan, cinta kepada haiwan peliharaan, cinta kepada negara, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada ilmu dsbnya.
  • Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan kepada anda.
10. Belajar Daripada Kesilapan.
  • Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.
  • Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
11. Sokongan Keluarga Yang Kuat.
  • Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan anak-anak adalah tunjang kepada kejayaan ibubapa.
  • Kebanyakan kegagalan remaja hari adalah berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibubapa.
12. Berkawan Dengan Ramai Orang.
  • Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai / baik.
  • Individu yang berjaya selalunya adalah individu yang mempunyai ramai kawan.
13. Gambarkan Destinasi Kejayaan Anda.
  • Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi.
  • Tidak salah menjadi Mat Jenin, SETIAP kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
14. Berdisiplin.
  • Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif and tidak gemar ‘curi tulang’.

15. Amalkan Gaya Hidup Sihat.

  • Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit merbahaya.

16. Sentiasa Jujur.
  • Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus.
  • Kejayaan TIDAK akan membawa apa-apa makna sekiranya ia terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu daya.
17. Hargai Masa.
  • Masa adalah suata nikmat Allah yang selalu dibazirkan / disalahgunakan oleh umat manusia.
  • Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.
18. Sayangilah Diri Anda Sendiri.
  • Jangan terlalu fokus kepada “ketidaksempurnaan” / kelemahan yang ada pada diri anda.
  • Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Allah mencipta setiap manusia berbeza-beza dan setiap satunya istimewa.
19. Jangan Sentiasa Mengutamakan Diri Sendiri.
  • Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa.
  • Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat menbantu kejayaan diri anda juga.
  • Kejayaan sememangnya penting, tetapi jangan sekali-kali ‘tamak kejayaan’.
20. Sentiasa Dikalangan Orang-Orang yang Berjaya / Mahu Berjaya.
  • Bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri.
  • Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain.
  • Selain bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya, banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya di dalam hidup mereka.